TEROKAI bumi VIETNAM yang penuh KEUNIKAN

Nikmati percutian yang menarik di Vietnam bersama keluarga

Kenapa Perlu Ambil Pakej Vietnam Dengan Kami?

Itinerari Menarik

Itinerari kami sesuai untuk semua golongan umur

Makanan Halal

Pakej yang kami tawarkan termasuk makanan halal fullboard

Mesra Warga Emas

Tempat lawatan dan itinerari pakej kami tidak terlalu 'extreme' dan mesra warga emas.

Waktu Solat Terjaga

Kami sangat mengambil berat tentang waktu solat di sana

Tiada Paksa Beli

Trip kami bebas 'Goverment Shop'

Pemandu Pelancong Profesional

'Tour Guide' Vietnam kami fasih berbahasa Melayu & Inggeris

Info Tentang Vietnam

Musim Bulan
Hujan / Lembap Dec ➙ Feb
Panas / Kering November ➙ April

Mata Wang

MYR 1 = VND 6650

Perbezaan Waktu

Vietnam = GMT +7

Vietnam merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara dan terkenal dengan keindahan alam semula jadi, sejarah yang kaya serta budaya yang unik. Negara ini memanjang dari utara ke selatan, menawarkan pelbagai landskap menarik seperti gunung-ganang, sawah padi yang menghijau, bandar moden dan pantai tropika yang memukau. Ibu negaranya ialah Hanoi manakala bandar terbesarnya ialah Ho Chi Minh City.

Vietnam menggunakan mata wang Dong (VND) dan bahasa rasminya ialah Bahasa Vietnam. Negara ini mempunyai dua musim utama iaitu musim kering dan musim hujan, menjadikannya sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Selain itu, Vietnam juga terkenal dengan makanan tradisional seperti pho dan banh mi yang digemari ramai. Dengan kos perbelanjaan yang berpatutan dan banyak tempat menarik untuk diterokai, Vietnam kini menjadi antara destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia.

 
 

Apa Yang Menarik Di Vietnam?

Melihat Nikmati Keindahan Alam Sekitar ➙

Vietnam memukau dengan keindahan alam semula jadinya yang menampilkan pantai tropika, gunung-ganang menghijau dan sawah padi yang terbentang luas.

Pengalaman Menaiki Cable Car ➙

Hon Thom Cable Car ialah kereta kabel merentasi laut terpanjang di dunia dengan panjang hampir 8 kilometer, menghubungkan Pulau Phu Quoc ke Pulau Hon Thom di Vietnam, sambil menawarkan pemandangan laut yang sangat menakjubkan.

Pengalaman Budaya Yang Unik ➙

Vietnam menawarkan pengalaman budaya yang unik. Perpaduan tradisi tempatan yang kaya, seni bina berpengaruh Perancis, serta sejarah perang yang meninggalkan kisah mendalam dan penuh makna.

Syurga Makanan Jalanan ➙

Vietnam ialah syurga gastronomi Asia, dari kopi artisan yang dikisar penuh karakter hingga hidangan tradisional yang kaya rasa dan sejarah. Setiap pengalaman makan di sini bukan sekadar mengenyangkan, tetapi satu perjalanan cita rasa yang autentik dan memikat.

Shopping & Custom Made ➙

Vietnam salah satu tempat terkenal bagi yang meminati pakaian custom made dan shopping fabrik dengan harga yang sangat murah dan berbaloi

Kos Perjalanan Yang Murah ➙

Vietnam memang destinasi “value for money” yang sebenar dengan bajet sederhana, anda boleh makan sedap setiap hari, menginap di hotel selesa, dan shopping puas tanpa rasa bersalah.

Soalan Lazim

Ya sudah termasuk tiket penerbangan menaiki AirAsia.

Bergantung kepada jenis pakej, bermula dari 4 hari 3 malam

Sebelum perjalanan, pastikan untuk memeriksa passport dan insurans perjalanan jika diperlukan.

Pastikan juga untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang dijadualkan, serta membawa mata wang setempat atau kad kredit untuk keperluan pembayaran.

Ya trip ini sangat sesuai untuk warga emas.

Tak perlu fikir tentang pengangkutan sepanjang trip. Jadi lebih santai dan tidak penat.

Boleh, bayar deposit dahulu RM1000 kemudian secara ansuran.

Bayaran penuh mesti 45 hari sebelum tarikh trip.

Penerbangan menyediakan  bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang.

Semua peserta akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk membayar lebihan caj bagasi.

Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi

Airasia : 20 Kg x 1 Bagasi

Turkish Airline : 25 Kg x 1 bagasi

Scroll to Top

Hantar Pertanyaan anda