Jakarta Bandung

4 Hari 3 Malam

Rasai Keunikan Bandung & Jakarta – Kembara Kota, Alam & Budaya Paling Mengujakan Kini Menanti Anda!

Dari laju Bullet Train yang membelah bumi Jakarta ke dinginnya udara Bandung, setiap langkah adalah pengalaman baru yang hidup. Saksikan keajaiban alam di Kawah Putih, petik manisnya strawberi segar, dan hayati damai di pinggir Situ Patenggang. Tidak ketinggalan – syurga beli-belah di Pasar Baru, Toko 3 dan Thamrin City menanti tangan-tangan yang gemar mencari. Singgah di Masjid Istiqlal, berdiri megah di hadapan Monas dan raikan kepelbagaian budaya di Taman Mini Indonesia. Inilah perjalanan penuh warna – dari kota sejarah hingga lembah belanja, dari dingin Bandung hingga hangatnya Jakarta.

Tempat Menarik Dalam Pakej Jakarta Bandung

Senarai Harga Pakej

DEWASA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TIDAK BERKATIL BAYI SINGLE TRAVELLER
HARGA SEORANG RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 RM 500 RM 3,079
HARGA SEORANG
DEWASA RM 3,979
KANAK - KANAK RM 3,579
BAYI RM 1,000
SINGLE TRAVELLER RM 4,579

Harga Termasuk

• Tiket Penerbangan Pergi Balik

• Makan minum sesuai aturcara

• Pengangkutan sepanjang program

• 3 malam penginapan

• Pemandu pelancong

• Bayaran masuk tempat lawatan

• Tip untuk pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

• Perbelanjaan peribadi

• Insurans

• Perkhidmatan tambahan di hotel ( Dobi, bar mini, khidmat bilik )

Senarai Tarikh Perlepasan Pakej Jakarta Bandung

Tarikh Harga Dewasa Harga Kanak² Berkatil Harga Kanak² Tidak Berkatil Status
calendar 20 DEC - 23 DEC 2025 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
Musim 2026
calendar 30 JAN - 2 FEB 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
calendar 15 FEB - 18 FEB 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
calendar 29 MAY - 1 JUN 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
calendar 4 JUN - 7 JUN 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
calendar 29 AUG - 1 SEPT 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE
calendar 25 - 28 DEC 2026 RM 2,379 RM 2,379 RM 2,279 AVAILABLE

Jakarta Bandung

4 Hari 3 Malam
MYR2679
MYR 2,379 Per Dewasa
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • Penerbangan Pergi Balik
  • Makanan Halal Fullboard
  • 3 malam penginapan

Berminat Dengan Tempahan Online?

Isi Form Dibawah Untuk Dapatkan Quotation! atau Download Itinerari Penuh

Itinerari Pakej Jakarta Bandung

Hari 1

HARI 1 : KUALA LUMPUR – JAKARTA – BANDUNG

Berkumpul 3 jam sebelum penerbangan di KLIA2 dan berlepas ke Jakarta. Tiba di Jakarta, terus menaiki Bullet Train ke Bandung. Selepas makan tengah hari, membeli-belah di Pasar Baru dan Factory Outlet di Jalan Riau. Makan malam, daftar masuk hotel dan acara bebas pada waktu malam.

Hari 1

Hari 2

BANDUNG

Sarapan di hotel, lawatan ke Gunung Kawah Putih untuk bergambar, diikuti Ladang Strawberi dan Glamping Lakeside di Situ Patenggang. Selepas makan tengah hari, membeli-belah di Toko 3. Kembali ke hotel untuk makan malam dan bermalam di Bandung.

Hari 2

Hari 3

BANDUNG – JAKARTA

Sarapan di hotel, membeli-belah manisan di Kartika Sari. Bertolak ke Jakarta dan lawatan ke Masjid Istiqlal, Monas dan Taman Mini Indonesia. Selepas makan tengah hari, sambung membeli-belah di Thamrin City. Makan malam dan bermalam di Jakarta.

Hari 3

Hari 4

JAKARTA – KUALA LUMPUR

Sarapan pagi di hotel, masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan manis dari Bumi Indonesia.

Hari 4
Scroll to Top

Hantar Pertanyaan anda

Hantar Pertanyaan anda