TEROKAI bumi Jepun yang penuh KEUNIKAN

Nikmati percutian yang menarik di Jepun bersama keluarga

Kenapa Perlu Ambil Pakej Jepun Dengan Kami?

Itinerari Menarik

Itinerari kami sesuai untuk semua golongan umur

Makanan Halal

Pakej Jepun yang kami tawarkan termasuk makanan halal fullboard

Mesra Warga Emas

Tempat lawatan dan itinerari pakej Jepun kami tidak terlalu 'extreme' dan mesra warga emas.

Waktu Solat Terjaga

Kami sangat mengambil berat tentang waktu solat di sana

Tiada Paksa Beli

Trip kami bebas 'Goverment Shop'

Pemandu Pelancong Profesional

'Tour Guide' Pakej Jepun kami fasih Inggeris

Info Tentang Pakej Jepun

Musim Bulan Suhu
Sejuk Dec ➙ Feb -12°c ➙ 10°c
Bunga Mac ➙ Mei 3°c ➙ 25°c
Panas Jun ➙ Ogos 17°c ➙ 31°c
Luruh Sept ➙ Nov 7°c ➙ 24°c

Mata Wang

MYR 1 = 34 JPY

Perbezaan Waktu

Jepun = GMT +9

Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Timur dan terkenal dengan gabungan unik antara teknologi moden, budaya tradisional serta keindahan alam semula jadi yang memukau. Negara ini terdiri daripada beberapa pulau utama seperti Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku, menawarkan pelbagai tarikan menarik daripada bandar futuristik hingga ke kawasan luar bandar yang tenang. Ibu negaranya ialah Tokyo yang juga merupakan antara bandar paling maju di dunia, manakala bandar lain seperti Osaka dan Kyoto pula terkenal dengan tarikan budaya dan sejarahnya.

Jepun menggunakan mata wang Yen (JPY) dan bahasa rasminya ialah Bahasa Jepun. Negara ini mempunyai empat musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk, menjadikan setiap waktu lawatan menawarkan pengalaman yang berbeza. Jepun juga terkenal dengan makanan tradisional seperti sushi dan ramen yang digemari ramai di seluruh dunia. Dengan sistem pengangkutan yang efisien, tahap keselamatan yang tinggi serta pelbagai tarikan menarik, Jepun kini menjadi antara destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia.

 

Apa Yang Menarik Di Pakej Jepun?

Bandar Futuristik ➙

Di bandar seperti Tokyo dan Osaka, suasana memang hidup dengan lampu neon, teknologi canggih dan vibe yang sangat moden. Dari persimpangan sibuk sampai shopping mall high-tech, semuanya rasa macam dalam filem.

Pengalaman Bermain dengan Penguin ➙

Di tempat seperti Asahiyama Zoo, pengunjung boleh tengok penguin berjalan dekat-dekat, malah kadang rasa macam “interact” secara live. Pengalaman ni jarang dapat di negara lain — memang jadi highlight untuk family trip. 🐧✨

Keindahan Alam Semula Jadi ➙

Jepun bukan sekadar bandar. Tempat seperti Mount Fuji dan hutan buluh di Kyoto bagi suasana tenang yang susah nak jumpa di tempat lain. Sesuai untuk healing trip.

Makanan Bertaraf Dunia ➙

Jepun terkenal dengan makanan seperti sushi, ramen dan takoyaki. Bukan sekadar sedap, tapi kualiti bahan dan cara penyediaan memang top tier.

Syurga Shopping ➙

Kalau suka shopping, Jepun memang heaven. Dari streetwear di Shibuya sampai barangan unik di Don Quijote, semua ada. Nak murah ada, nak branded pun ada.

Budaya Tradisional ➙

Dari kuil lama sampai pakaian kimono, budaya Jepun masih kuat dijaga. Di Kyoto, boleh nampak sendiri suasana klasik yang penuh sejarah dan keunikan.

Soalan Lazim

Ya sudah termasuk tiket penerbangan menaiki AirAsia.

Bergantung kepada jenis pakej, bermula dari 4 hari 3 malam

Sebelum perjalanan, pastikan untuk memeriksa passport dan insurans perjalanan jika diperlukan.

Pastikan juga untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang dijadualkan, serta membawa mata wang setempat atau kad kredit untuk keperluan pembayaran.

Ya trip ini sangat sesuai untuk warga emas.

Tak perlu fikir tentang pengangkutan sepanjang trip. Jadi lebih santai dan tidak penat.

Boleh, bayar deposit dahulu RM1000 kemudian secara ansuran.

Bayaran penuh mesti 45 hari sebelum tarikh trip.

Penerbangan menyediakan  bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang.

Semua peserta akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk membayar lebihan caj bagasi.

Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi

Airasia : 20 Kg x 1 Bagasi

Turkish Airline : 25 Kg x 1 bagasi

Scroll to Top

Hantar Pertanyaan anda