Berkumpul di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur untuk penerbangan ke helsinki.
Scandinavia Aurora Adventure – 10H7M Menyaksikan Keajaiban Langit Utara
JOM 'AURORA' HAUNTING
Nikmati percutian yang menarik dalam Pakej Scandinavia yang penuh dengan aktiviti dan tempat menarik!
Kenapa Perlu Ambil Pakej Scandinavia Dengan Kami?
Makanan Halal
Pakej yang kami tawarkan termasuk makanan halal fullboard
Mesra Warga Emas
Tempat lawatan dan itinerari pakej kami tidak terlalu 'extreme' dan mesra warga emas.
Waktu Solat Terjaga
Kami sangat mengambil berat tentang waktu solat di sana
Tiada Paksa Beli
Trip kami bebas 'Goverment Shop'
Pemandu Pelancong Profesional
'Tour Guide' kami di Scandinavia fasih Inggeris dan sangat FRIENDLY
Info Tentang Scandinavia
| Musim | Bulan | Suhu |
|---|---|---|
| Sejuk | Dec ➙ Feb | 3°c ➙ -22°c |
| Bunga | Mac ➙ Mei | 10°c ➙ 28°c |
| Panas | Jun ➙ Ogos | 23°c ➙ 36°c |
| Luruh | Sept ➙ Nov | 8°c ➙ 15°c |
Mata Wang
€1 = MYR 4.98
Perbezaan Waktu
Scandinavia = GMT +3
Alami keajaiban musim sejuk dalam kembara 10 Hari 7 Malam ke jantung Scandinavia — meneroka Finland, Sweden & Norway, dari kota moden ke alam Artik yang memukau.
Mulakan di Helsinki, kota klasik yang tenang; kemudian ke Jyväskylä, bandar cahaya yang mempesona. Jelajah ke Rovaniemi, rumah rasmi Santa Claus, lengkap dengan kereta rusa, salji putih membentang, dan peluang pertama memburu Aurora Borealis.
Singgah di Ice Hotel Kiruna, sebelum menuju Abisko, destinasi terbaik di dunia untuk melihat Aurora. Langit malamnya sering mempamerkan tarian cahaya semula jadi yang sungguh luar biasa.
Akhir sekali, nikmati pemandangan fjord, pantai Artik dan gunung megah di Tromsø, ibu kota Aurora Norway. Lawati Arctic Cathedral, naik kereta kabel, dan nikmati malam terakhir di pulau indah Sommarøy.
Dari budaya Nordik yang unik, pemandangan Arktik yang memukau, hingga fenomena langit yang jarang disaksikan — ini bukan sekadar percutian. Ini ialah pengalaman seumur hidup.
Apa Yang Menarik Dalam Pakej Scandinavia?
Menjejak Aurora Borealis di Langit Artik ➙
Saksikan sendiri tarian cahaya hijau di langit malam Artik, di antara lokasi terbaik dunia untuk melihat Aurora.
Lawatan ke Santa Claus Village, Rovaniemi ➙
Temui Santa Claus sebenar, lintasi Garisan Artik dan pos kad dari pejabat pos rasmi Santa!
Menelusuri Alam Bersalji dengan Rusa Arktik ➙
Bunyi loceng halus berdenting, kereta salji ditarik rusa menyusuri laluan putih sunyi. Salji jatuh perlahan, seakan menyaksikan keindahan yang terlalu syahdu untuk dilupakan.
Meneroka Dunia Kristal – Ice Hotel Kiruna ➙
Dinding-dinding ais berukir seni, sejuk namun memikat. Setiap bilik umpama galeri seni beku yang menyimpan bisikan salji dan cahaya.
Menikmati Keheningan Fjord di Tromsø ➙
Trekking & Jejak Alam di Abisko National Park➙
Jalan kaki dalam suasana tenang hutan bersalji, melihat flora dan fauna Arktik sambil menyedut udara paling segar di dunia.
Itinerari Pakej Scandinavia 10 Hari 7 Malam
Hari 1
KUALA LUMPUR – HELSINKI
Hari 1
Hari 2
HELSINKI – JYVÄSKYLÄ
Tiba di Helsinki dan lawati Pasar Kauppatori serta Senate Square. Perjalanan diteruskan ke Jyväskylä yang terkenal dengan seni bina Alvar Aalto dan gelaran Bandar Cahaya. Daftar masuk hotel dan berehat.
Hari 2
Hari 3
JYVÄSKYLÄ – ROVANIEMI
Daftar keluar hotel dan lawati Toivola Old Courtyard, kawasan artisan abad ke-19 yang unik, serta nikmati suasana tenang di Tasik Jyväsjärvi. Kemudian bertolak ke Rovaniemi, ibu negeri Lapland dan kampung rasmi Santa Claus. Tiba di sana, daftar masuk dan sertai aktiviti memburu Aurora Borealis bersama pemandu.
Hari 3
Hari 4
ROVANIEMI
Lawati Ranua Zoo yang menempatkan haiwan Artik seperti beruang kutub dan rusa. Teruskan ke Santa Claus Village untuk melintasi Garisan Artik, bertemu Santa dan naik kereta rusa. Aktiviti pilihan termasuk lawatan ke ladang rusa dan husky, serta melihat Aurora pada waktu malam.
Hari 4
Hari 5
ROVANIEMI – KIRUNA – ABISKO
Bertolak dari Rovaniemi ke Kiruna untuk lawatan ke Ice Hotel, hotel ais pertama di dunia dengan 20 suite reka bentuk unik. Seterusnya ke Abisko, antara tempat terbaik di dunia untuk melihat Aurora Borealis. Daftar masuk dan nikmati pengalaman melihat Aurora secara bebas.
Hari 5
Hari 6
TAMAN NEGARA ABISKO
Terokai Taman Negara Abisko yang terkenal dengan lembah indah, hutan birch, padang alpine dan tasik jernih. Nikmati sesi trekking berpandu untuk mengenali flora dan fauna unik. Malamnya, sertai aktiviti memburu Aurora bersama pemandu.
Hari 6
Hari 7
ABISKO – NARVIK – TROMSØ
Bertolak ke Narvik, bandar indah yang terkenal dengan fjord, salji dan cahaya utara. Aktiviti pilihan termasuk menaiki Narvik Cable Car ke puncak Narvikfjellet. Seterusnya ke Tromsø, “Ibu Kota Artik” dan lokasi terbaik melihat Aurora. Tiba dan daftar masuk, kemudian nikmati pengalaman melihat Aurora di Pulau Sommarøy yang tenang dan memukau.
Hari 7
Hari 8
LAWATAN FJORD & BANDAR TROMSØ
Nikmati Fjord Tour menyusuri fjord, pulau dan gunung sambil melihat hidupan liar Artik dan kampung nelayan. Singgah di tempat menarik seperti Ersfjordbotn, Grøtfjorden, Tromvik, dan Nordfjordbotn. Lawati Arctic Cathedral yang ikonik. Aktiviti pilihan termasuk Polar Museum atau Fjellheisen Cable Car. Malamnya, lihat Aurora secara bebas.
Hari 8
Hari 9
TROMSØ – OSLO
Daftar keluar hotel dan ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik dari Tromsø ke Oslo. Seterusnya, menaiki penerbangan antarabangsa pulang ke Kuala Lumpur, menandakan tamatnya pengembaraan Artik anda.
Hari 9
Hari 10
KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur, menandakan berakhirnya perjalanan yang penuh kenangan.
Hari 10
Senarai Harga Pakej Scandinavia
| DEWASA | KANAK² BERKATIL | KANAK² TIDAK BERKATIL | BAYI | SINGLE TRAVELLER | |
|---|---|---|---|---|---|
| HARGA SEORANG | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | RM2000 | RM 21,579 |
| HARGA SEORANG | |
|---|---|
| DEWASA | RM 18,579 |
| KANAK - KANAK | RM 17,579 |
| BAYI | RM 2,000 |
| SINGLE TRAVELLER | RM 21,579 |
Harga Termasuk
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (Emirates atau Qatar Airways)
termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 25kg, tempat duduk ekonomi & hidangan atas pesawat - Penerbangan domestik (termasuk bagasi 23kg)
- 7 malam penginapan di hotel 4 bintang atau setaraf
- Tiket masuk:
Kiruna Ice Hotel
Ranua Zoo
Aktiviti menaiki rusa (400m) di Santa Claus Village
- 2 kali aurora hunting bersama pemandu bertauliah
- Makanan seperti dalam aturcara
- Pemandu pelancong fasih Bahasa Inggeris dari Milan hingga Istanbul
- Tipping untuk pemandu & pemandu pelancong
- Khidmat pengurus lawatan sepanjang perjalanan
Harga Tidak Termasuk
🔸 Lawatan Pilihan (Optional Tour):
Santa Claus Village – Reindeer Park: RM130 (Dewasa) / RM70 (Kanak-kanak)
Santa Claus Village – Husky Visit & 1km Ride: RM400 (Dewasa) / RM280 (Kanak-kanak)
Santa Claus Village – Husky Park: RM170 (Dewasa) / RM100 (Kanak-kanak)
The Polar Museum, Tromsø: RM70 (Dewasa) / Percuma (Kanak-kanak)
🔸 Bayaran Masuk Tambahan:
Ladang Rusa Santa
Ladang Husky Santa & Aktiviti menunggang
Narvik – Ofoten Arctic Train
The Polar Museum
Fjellheisen Cable Car
Narvikfjellet Cable Car
🔸 Perbelanjaan peribadi lain:
Dobi, porter hotel, caj telefon, dan lain-lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara
Insurans perjalanan: RM200 seorang
Senarai Tarikh Perlepasan Pakej Scandinavia
| Tarikh | Musim | Harga Dewasa | Harga Kanak² Berkatil | Harga Kanak² Tidak Berkatil | Status |
|---|---|---|---|---|---|
21
–
30 NOV 2025
|
Sejuk | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | AVAILABLE |
7
–
16 DEC 2025
|
Sejuk | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | AVAILABLE |
| SESI 2026 | |||||
9
–
18 JAN
2026
|
Sejuk | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | AVAILABLE |
16 – 25 JAN 2026
|
Sejuk | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | AVAILABLE |
6 – 15 FEB 2026
|
Sejuk | RM 18,579 | RM 18,579 | RM 17,579 | AVAILABLE |
Soalan Lazim
Ya sudah termasuk tiket penerbangan menaiki Qatar Airways ATAU Emirates Airlines.
Lamanya pakej perjalanan Scandinavia biasanya di antara 9 hingga 10 hari.
Tempoh ini memberi peluang untuk melawat beberapa tempat menarik di Scandinavia dan menerokai tarikan utama di setiap tempat.
Sebelum perjalanan, pastikan untuk memeriksa passport, visa dan insurans perjalanan jika diperlukan.
Pastikan juga untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang dijadualkan, serta membawa mata wang setempat atau kad kredit untuk keperluan pembayaran.
Ya trip ini sangat sesuai untuk warga emas.
Tak perlu fikir tentang pengangkutan sepanjang trip. Jadi lebih santai dan tidak penat.
Boleh, bayar deposit dahulu RM1000 kemudian secara ansuran.
Bayaran penuh mesti 45 hari sebelum tarikh trip.
Penerbangan menyediakan bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang.
Semua peserta akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk membayar lebihan caj bagasi.
Emirates Airlines : 25 Kg x 1 bagasi
Qatar Airways : 25 Kg x 1 bagasi
Berhubung Dengan kami Untuk Tempahan
Tempah sekarang dengan deposit hanya RM1000 Sahaja!
Berminat Dengan Tempahan Online?
Isi Form Dibawah Untuk Dapatkan Quotation! atau Download Itinerari Penuh