Berkumpul di KLIA untuk pendaftaran dan daftar masuk. Sedikit info perjalanan bersama wakil syarikat
kami.
Nikmati percutian yang menarik dalam Pakej New Zealand 2026 yang penuh dengan aktiviti dan tempat menarik!
Anda akan meneroka keseluruhan utara dan selatan New Zealand bersama team kami
Pakej yang kami tawarkan termasuk makanan halal Halfboard (Sarapan & Makan Malam sahaja)
Tempat lawatan dan itinerari pakej kami tidak terlalu 'extreme' dan mesra warga emas
Kami sangat mengambil berat tentang waktu solat di sana
Trip kami bebas 'Goverment Shop'
'Tour Guide' New Zealand kami berasal dari MALAYSIA dan sangat FRIENDLY!
| Musim | Bulan | Suhu |
|---|---|---|
| Panas | Dec ➙ Feb | 20°c ➙ 30°c |
| Luruh | Mac ➙ Mei | 7°c ➙ 18°c |
| Sejuk | Jun ➙ Ogos | 1°c ➙ 10°c |
| Bunga | Sept ➙ Nov | 10°c ➙ 20°c |
NZD 1 = MYR 2.62
New Zealand = GMT +12
New Zealand, sebuah negara kepulauan yang terletak di barat daya Lautan Pasifik, terkenal sebagai salah satu destinasi tercantik di dunia dengan penduduk sekitar 5 juta orang. Ia menggabungkan keindahan semula jadi yang luar biasa dengan gaya hidup moden yang santai.
Wellington, ibu negaranya, terkenal dengan seni dan budaya, manakala Auckland pula mempesona dengan pelabuhan dan kehidupan bandar yang dinamik. Christchurch dan Queenstown pula memikat dengan gabungan keindahan semula jadi dan aktiviti luar yang mendebarkan.
Pemandangannya sungguh memukau — dari fjord menakjubkan di Milford Sound, gunung bersalji di Aoraki / Mount Cook, hingga tasik biru jernih seperti Lake Tekapo. Hutan rimba purba, gua bercahaya Waitomo, dan pantai berpasir putih menambah tarikan semula jadinya.
Sejarah dan budaya Māori masih kukuh, dengan warisan dan tradisi yang dipelihara melalui tarian haka, ukiran kayu, dan kisah legenda mereka.
Makanan tempatan seperti pai daging Kiwi, daging kambing panggang, dan makanan laut segar turut menggoda selera. Dengan festival budaya, keramahan penduduk, dan pemandangan luar biasa, New Zealand sememangnya sebuah destinasi yang menawan hati!
Mustaqim Travel Telah Menjadi Pilihan Hati 1000+ Rakyat Malaysia


























































Hari 1
Berkumpul di KLIA untuk pendaftaran dan daftar masuk. Sedikit info perjalanan bersama wakil syarikat
kami.
Hari 2
Tiba di lapangan terbang Auckland, urusan imigresen dan kastam, singgah solat di Masjid Al Maktoum. Selepas itu bertolak ke Auckland City, melakukan city tour dengan melawat Auckland Sky Tower, Sky Park dan akan melalui pesisir pantai Auckland sebelum bertolak ke Hamilton. Bermalam di Hamilton.
Hari 3
Bertolak ke Matamata untuk bergambar dan membeli cenderamata di Hobbitton Village yang merupakan tempat popular dan digunakan sebagai tapak penggambaran filem Lord Of The Ring. Singgah solat di Masjid Hamilton. Seterusnya melawat ke Maori Village. Seterusnya ke Agrodome. Selesai acara lawatan di sana, pulang dan bermalam di Auckland.
Hari 4
Selesai sarapan pagi, peserta dihantar ke lapangan terbang Auckland untuk penerbangan ke Christchurch. Tiba di Christchurch, dibawa ke Bush Inn Centre untuk makan tengah hari dan membeli belah. Melawat ke Botanic Garden, yang bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. Singgah solat di Masjid Annur. Bermalam di Christchurch.
Hari 5
Awal pagi bergerak ke Twizel. Singgah di The Church of the Good Shepherd di Lake Tekapo. Seterusnya anda akan melihat Lake Pukaki yang mempunyai air tasik berwarna turquoise di dasarnya dengan berlatar belakang Mt. Cook, gunung tertinggi di New Zealand. Singgah di High-Country Salmon Farm untuk melihat tempat penternakan ikan salmon tertinggi di dunia. Seterusnya bergerak menuju Lindiss Pass, padang savana yang dipenuhi rumput tussock. Bermalam di Wanaka.
Hari 6
Awal pagi singgah di Lake Wanaka, tasik keempat terbesar di New Zealand yang terkenal dengan symbol Lonely Tree. Perjalanan diteruskan ke Cromwell, bandar yang terkenal dengan buah-buahan segar dari ladang serta fruitice creamnya. Singgah di Kawarau Bungee Jump untuk aktiviti bebas. Bermalam di Te Anau.
Hari 7
Perjalanan awal jam 05.00 pagi ke Milford Sound, melewati Hommer Tunnel yang mempunyai pemandangan yang spektakular dengan ladang ternak dan ratusan gugusan air terjun di celah-celah gunung. Singgah di Mirror Lake yang merupakan sebuah tasik yang mempunyai air seperti cermin yang akan melalui Monkey Creek yang penuh pemandangan menarik. Tiba sekitar jam 12.00 tengahari untuk menaiki Milford Sound Cruise selama dua jam bagi menikmati pemandangan Fiordland New Zealand. Bermalam di Queenstown.
Hari 8
Selepas sarapan pagi, melawat Glenorchy iaitu salah satu lokasi pengembaraan filem Lord of The Ring di mana peserta dapat melihat dataran berkabus dan dikelilingi gunung serta tasik yang cukup cantik. Luangkan sedikit waktu untuk merakamkan keindahan bandar Queenstown. Bermalam di Queenstown.
Hari 9
Selepas sarapan pagi, acara bebas di Queenstown yang merupakan jantung kepada South Island New Zealand. Peserta boleh membeli belah barangan cenderahati, mencuba cable car, gondola, bungee jump dan sebagainya. Selepas itu berangkat ke airport Queenstown untuk penerbangan pulang ke Auckland. Proses daftar masuk dan berangkat ke Kuala Lumpur.
Hari 10
Tiba di Malaysia dengan sejuta kenangan manis dari bumi New Zealand
| DEWASA | KANAK-KANAK | BAYI | SINGLE TRAVELLER | |
|---|---|---|---|---|
| HARGA SEORANG | RM 12,979 | RM 12,679 | RM2000 | RM 14,979 |
| HARGA SEORANG | |
|---|---|
| DEWASA | RM 12,979 |
| KANAK - KANAK | RM 12,679 |
| BAYI | RM 2,000 |
| SINGLE TRAVELLER | RM 15,979 |
Tiket penerbangan antarabangsa Kuala Lumpur – Auckland (Bagasi 30kg)
Tiket penerbangan domestik Auckland – Christchurch (Bagasi 20kg)
Tiket penerbangan domestik Queenstown – Auckland (Bagasi 20kg)
7 Malam penginapan
Makan minum HALAL sesuai aturcara
Pengangkutan berhawa dingin
Tour Guide berbahasa Melayu
Insurans Peribadi
Perbelanjaan Peribadi
Lebihan berat bagasi
ETA Visa Fee ( NZD 117 )
Tipping untuk petugas RM150
| AKTIVITI PILIHAN | KOS SEORANG |
|---|---|
| SKYTOWER | RM 130.00/ PAX |
| AGRODOME | RM 156.00 / PAX |
| HOBBITON VILLAGE (Subject to Availability) | Harga Bermula RM 338.00/ PAX |
| PUNTING AVON RIVER | RM 130.00 / PAX |
| ORCHAD TOUR | RM 208.00 / PAX |
| KAWARAU BUNGY JUMPING | RM 832.00 / PAX |
| HELICOPTER TOUR | RM 1,001.00 |
| SKYLINE GONDOLA | RM 172.00 / PAX |
| MOARI VILLAGE | RM 143.00 / PAX |
| AKTIVITI PILIHAN | HARGA SEORANG |
|---|---|
| SKYTOWER | RM 130.00/PAX |
| AGRODOME | RM 155.00/PAX |
| HOBBITON VILLAGE | BERMULA RM 338.00/PAX |
| PUNTING AVON RIVER | RM 130.00/PAX |
| ORCHARD TOUR | RM 208.00/PAX |
| KAWARAU BUNGY JUMPING | RM 832.00/PAX |
| HELICOPTER TOUR | RM 1,001.00/PAX |
| SKYLINE GONDOLA | RM 172.00/PAX |
| MAORI VILLAGE | RM 143.00/PAX |
| Tarikh | Musim | Harga Dewasa | Harga Kanak-Kanak | Status |
|---|---|---|---|---|
13 SEPT - 22 SEPT 2026
|
Panas | RM 13,979 | RM 13,679 | AVAILABLE |
18 NOV - 27 NOV 2026
|
Panas | RM 12,979 | RM 12,679 | AVAILABLE |
Ya sudah termasuk tiket penerbangan menaiki Malaysia Airlines.
Lamanya pakej perjalanan New Zealand biasanya di antara 9 hingga 10 hari.
Tempoh ini memberi peluang untuk melawat beberapa tempat menarik di New Zealand dan menerokai tarikan utama di setiap tempat.
Sebelum perjalanan, pastikan untuk memeriksa passport, visa dan insurans perjalanan jika diperlukan.
Pastikan juga untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang dijadualkan, serta membawa mata wang setempat atau kad kredit untuk keperluan pembayaran.
Ya trip ini sangat sesuai untuk warga emas.
Tak perlu fikir tentang pengangkutan sepanjang trip. Jadi lebih santai dan tidak penat.
Boleh, bayar deposit dahulu RM1000 kemudian secara ansuran.
Bayaran penuh mesti 45 hari sebelum tarikh trip.
Penerbangan menyediakan bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang.
Semua peserta akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk membayar lebihan caj bagasi.
Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi
Airasia : 20 Kg x 1 Bagasi
Turkish Airline : 25 Kg x 1 bagasi
Tempah sekarang dengan deposit hanya RM1000 Sahaja!
Isi Form Dibawah Untuk Dapatkan Quotation! atau Download Itinerari Penuh
Hj Hariz Amiruddin
Travel Consultant
Hj Hariz
Pening nak cari Pakej mana satu? Contact je saya terus!